Juma’ani serah baucar tunai kepada kakitangan PBT

Juma’ani menyampaikan baucar tunai RM100 kepada salah seorang penerima.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 7 Dis: Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang hari ini menyempurnakan penyampaian sumbangan MAKSAK Cares untuk kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sarawak.

Penyerahan sumbangan di bawah Projek MAKSAK Cares Fasa 2 ini adalah khas untuk golongan B40 yang melibatkan 10 PBT.

Sejumlah 1,000 orang penerima di kalangan B40 diberi baucar tunai bernilai RM100.


Kerajaan negeri memperuntukan RM100,000 untuk Tabung MAKSAK Cares bagi membiayai projek ini yang diurus oleh Biro Kebajikan dan Sosial, MAKSAK Wanita Negeri Sarawak.

PBT yang terlibat ialah Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Daerah Bau, Majlis Daerah Lubok Antu, Majlis Daerah Lundu, Majlis Daerah Serian, Majlis Daerah Simunjan, Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Majlis Perbandaran Padawan dan Majlis Daerah Sri Aman.

Hadir sama di majlis sumbangan hari ini adalah Pengerusi MAKSAK Wanita Negeri Sarawak Datin Amar Evelyn Ritikos. — DayakDaily