Jual loteri haram di Tasik Biru

Suspek diperiksa anggota operasi.

BAU, 24 Sept: Seorang lelaki ditangkap disyaki terlibat kegiatan menjual loteri haram di Tasik Biru, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata suspek,33 tahun berasal dari Taman Palma Indah, Matang.

Katanya, suspek ditangkap sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau yang melakukan operasi Op Dadu pada jam 4.30 petang.


Jelas beliau, pasukan operasi menemui beberapa bahan bukti yang mengaitkan suspek terlibat kegiatan perjudian tersebut.

Susulan itu, suspek kemudian ditangkap untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Turut dirampas daripada suspek ialah sejumlah wang tunai dan kerta tercatit angka dipercayai nombor pertaruhan loteri haram. — DayakDaily