KUCHING, 4 Ogos: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi garis panduan (SOP) sedia ada.
Dalam kenyataan hari ini, JPBNS berkata, ia masih berkuatkuasa sehingga SOP Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara(PPN) telah diwartakan.
Sarawak telah diberi pengiktirafan untuk beralih ke Fasa 3 PPN pada hari ini.
Namun, pelaksanaan Fasa 3 di Zon Selatan negeri ini ditangguhkan sehingga penularan kes-kes Covid-19 menunjukkan trend penurunan yang lebih memuaskan.
Zon Selatan melibatkan daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Asajaya, Serian dan Tebedu. — DayakDaily
Advertisement