JPBNS: Dua individu gagal mendaftar masuk antara 18 dikompaun

Police manning a roadblock to restrict the movement of vehicles in this file photo.

KUCHING, 2 Ogos: Dua individu gagal mendaftar masuk premis antara 18 individu yang dikenakan kompaun akibat gagal mematuhi SOP hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, tiga individu turut dikompaun kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.

“Manakala dua individu dikompaun kerana enggan menjalani perintah kuarantin.


“Enam individu dan tiga perbadanan dikompaun kerana kesalahan lain-lain SOP (prosedur operasi ‘standard’),” katanya.

JPBNS turut memaklumkan dua premis dikompaun atas kesalahan gagal menghadkan bilangan pelanggan dan melaksanakan penjarakan fizikal.

Daripada 18 kompaun, seramai tujuh individu dikompaun di daerah Kapit, Sarikei (3), Bau (2), Serian (2), Miri (2), Kanowit (1) dan Song(1). — DayakDaily