KUCHING, 24 Jan: Amalan melibatkan aktiviti bersentuhan seperti bersalaman adalah tidak dibenarkan pada Sambutan Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei kali ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) hari ini berkata, orang ramai juga dinasihatkan sentiasa mengekalkan penjarakan fizikal 1 meter.
“Mereka yang bergejala tidak dibenarkan mengikuti aktiviti ziarah keluarga, sentiasa mengamalkan pemakaian pelitup muka, kerap mencuci tangan dengan sabun.
“Ujian kendiri Covid-19 RTK-Ag adalah digalakkan sebelum menyertai apa-apa aktiviti,” kata JPBNS.
JPBNS turut menyenaraikan tanggungjawab penganjur aktiviti tarian singa untuk menentukan hanya mereka yang telah lengkap divaksinasi termasuk dos penggalak dibenarkan menyertai.
Penganjur juga dikehendaki melakukan sanitasi selepas persembahan selesai. — DayakDaily