JPBNS: 610 kes baharu Covid-19 di minggu epid ke-17

Covid-19 (file photo).

KUCHING, 2 Mei: Sebanyak 610 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam minggu epidemik ke-17 bagi tempoh 24 hingga 30 April di Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata, ia melibatkan 506 kes kategori klinikal 1 dan 2.

Manakala 4 kes bagi kategori klinikal 3, 4 dan 5.


Ini menjadikan jumlah komulatif kes Covid-19 di negeri ini adalah 305,316 kes.

Daerah Kuching mencatatkan kes baharu tertinggi bagi minggu epidemik ke-17 iaitu sebanyak 186 kes.

Ini diikuti Miri dengan 74 kes, Bintulu (94), Sibu (77), Samarahan (38), Serian (18), Limbang (15) dan Mukah (10).

Sebanyak 32 daerah lain mencatatkan jumlah kes baharu di bawah 10 kes.
Hanya 1 kes kematian direkodkan bagi minggu epidemik ke-17 iaitu di Daerah Kuching.

Dalam pada itu JPBNS mengingatkan orang ramai bahawa meskipun telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik, Covid-19 masih lagi menjadi musuh utama dan usaha memeranginya masih berterusan.

“JPBNS turut ingin mengingatkan bahawa individu yang tidak bergejala berkemungkinan menjadi pembawa virus Covid-19.

“Oleh yang demikian, masyarakat digalakkan untuk melakukan ujian kendiri sebelum pulang ke kampung untuk beraya,” katanya.

Tambah JPBNS, walaupun pemakaian pelitup muka di kawasan luar bangunan tidak diwajibkan lagi, namun orang ramai dinasihatkan supaya memakai pelitup muka di kawasan sesak bagi melindungi golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak dari dijangkiti. — DayakDaily