JPBNS: 377 kes baharu Covid-19 di Minggu Epidemik Ke-19

Covid-19 (file photo).

KUCHING, 16 Mei: Sebanyak 377 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam Minggu Epidemik Ke-19 di Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia melibatkan 366 kes kategori klinikal 1 dan 2, manakala terdapat 11 kes dalam kategori klinikal 3, 4 dan 5.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sarawak adalah 305,951 kes.


Daerah Kuching mencatatkan kes baharu tertinggi bagi Minggu Epidemik Ke-19 iaitu sebanyak 117 kes.

Ini diikuti Miri dengan 59 kes, Bintulu (43), Sibu (38), Samarahan (38), Serian (15), Sarikei (15) dan Mukah (12).

Sebanyak 32 daerah lain mencatatkan jumlah kes baharu di bawah 10 kes.

Tiada kes kematian direkodkan bagi Minggu Epidemik Ke-19.

Jumlah kes baharu pada Minggu Epidemik Ke-19 menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan 256 kes pada Minggu Epidemik Ke-18. — DayakDaily