JPBB Bintulu: Operasi kilang diwajibkan 30 peratus pekerja sahaja

Kemaskini SOP JPBB Bintulu. Infografik: Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas)

KUCHING, 5 Mei: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu menegaskan semua pengoperasian kilang-kilang diwajibkan hanya 30 peratus pekerja sahaja di tempat kerja.

Menerusi kemaskini prosedur operasi ‘standard’ (SOP) pada hari ini, JPBB Bintulu juga menetapkan majikan perlu mengeluarkan surat pengesahan pekerja.

Dalam operasi pemantauan yang dilakukan agensi penguatkuasa SOP di sekitar Bintulu Isnin lepas (3 Mei), dua buah premis perniagaan dikenakan kompaun berjumlah RM40,000 akibat ingkar SOP.


Kedua-dua syarikat didapati tidak memastikan kapasiti pekerja tidak melebihi 30 peratus selain pekerja tidak menyediakan cecair pembersih tangan dan tidak mengimbas kod QR di aplikasi MySejahtera.

Sementara itu pada semalam, Bintulu mencatatkan 128 kes baharu positif Covid-19 dengan dua kematian. — DayakDaily