JKR: Lencongan jalan di Jambatan Sungai Tubah, Bau

Peta menunjukkan kawasan yang terlibat berhampiran Jambatan Sungai Tubah, Bau.

KUCHING, 8 NOV: Satu lencongan jalan akan dibuat berhampiran Jambatan Sungai Tubah, Bau mulai 9 hingga 15 November ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching dalam satu kenyataan berkata, ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan ‘expansion joint’ di jambatan berkenaan mulai 10 malam hingga 5 pagi.

Justeru, pengguna jalan raya dinasihati untuk mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan dan arahan penjaga bendera untuk melancarkan pergerakan trafik.


Pihak JKR Daerah Bau akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.

Pengguna jalan raya juga dinasihati merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat. — DayakDaily