JKR: Laluan sementara di Jalan Diplomatik diubah mulai esok sehingga 30 April

Pelan lokasi penutupan dan perubahan laluan sementara. Foto: JKR Sarawak

KUCHING, 27 Feb: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi notis pemberitahuan hari ini mengumumkan penutupan dan perubahan laluan sementara di Jalan Diplomatik di sini.

Menurut JKR, ia melibatkan lokasi dari Jambatan Siol sehingga ke Bulatan Mardi bagi tujuan pembinaan jalan.

Perubahan laluan sementara itu berkuatkuasa mulai 28 Februari hingga 30 April 2024. — DayakDaily