JKNS hantar 320 dos vaksin ke Long Jekitan, Ulu Baram

Rombongan JKNS menaiki bot ke PPV Long Tikan.
Advertisement

KUCHING, 11 Ogos: Klinik Kesihatan Long Jekitan di Ulu Baram pada Isnin (9 Ogos) menerima sebanyak 320 dos vaksin Covid-19 daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), penghantaran vaksin tersebut dilakukan menggunakan pesawat milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berpangkalan di Miri.

Penerbangan yang membawa muatan ‘coolbox’ berisi vaksin seberat 20kg itu telah berlepas dari Miri jam 11:44 pagi.

Advertisement

Sebaik tiba, rombongan yang diketuai Timbalan Pengarah JKNS Dr Rosemawati Ariffin telah melakukan lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Long Tikan dengan menaiki bot dari Long Jekitan. — DayakDaily

Advertisement