Mawan gesa Projek RTP di Ulu Litok dan Rumah Gait disiapkan segera

Mawan meninjau projek menaiktaraf jalan ke rumah panjang Sungai Ban di Ulu Lit. Foto Kredit: Ukas

KUCHING, 11 Ogos: ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom menggesa pihak kontraktor segera menyiapkan projek menaiktaraf jalan ke rumah panjang Sungai Ban di Ulu Litok.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak(UKAS), Mawan turut menggesa projek bina baharu jalan Rumah Gait di Sungai Pinang, Jalan Ulu Julau disiapkan dengan segera.

“Walaupun kedua-dua projek berdepan kekangan susulan pandemik Covid-19, namun ia perlu disiapkan segera selain menepati spesifikasi projek demi kepentingan penduduk kampung,” katanya


Mawan berkata demikian selepas mengadakan tinjauan ke atas projek berkenan pada semalam.

Tambah beliau, kedua-dua projek dilaksanakan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan dijadualkan siap pada 25 Julai 2021.

Pada program berasingan, Mawan telah menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM100,000 kepada sepuluh penerima.

Majlis ringkas penyerahan cek diadakan di Pusat Khidmat Cawangan PBB DUN Pakan pada Rabu.

Penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita. — DayakDaily