KUCHING, 23 Jan: Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Uma Belun di Penempatan Semula Empangan Bakun Sungai Asap, Belaga yang baru dipilih diseru melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan jujur.
Penghulu Saging Bit menegaskan ahli-ahli jawatankuasa yang dipilih hendaklah bekerjasama dan bersatu hati.
“Jawatankuasa yang baru dipilih juga harus bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan agar setiap perancangan yang bakal dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar,” kata Saging.
Beliau berkata demikian pada Sesi Pemilihan Ahli JKKK Belun Leodian 2023-2025 di Uma Belun Leodian Sungai Asap, Belaga hari ini.
Saging telah menerajui Uma Belun sejak 1980-an dari Sungai Balui sebelum berpindah ke Penempatan Semula Empangan Bakun Sungai Asap pada tahun 1998.
Saging juga mahukan JKKK dan seluruh penduduk Uma Belun terus menjaga nama baik menerusi pendidikan dan kerjaya. — DayakDaily