Jet ski dijumpai, mangsa masih hilang

Jet ski mangsa dijumpai.

KUCHING, 17 Sept: Sebuah jet ski milik mangsa yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Talang-Talang berjaya dijumpai petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata jet ski tersebut dijumpai di kawasan Tanjung Sipang di Santubong kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Bagaimanapun mangsa iaitu Lee Chong Loong, 46 tahun, masih belum dijumpai.


“Disebabkan jet ski mangsa dijumpai di Pulau Tanjung Sipang Santubong maka operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa akan bertukar tersebut.

“Operasi SAR akan diambil alih Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bersama pasukan SWART bermula esok (18 Sept),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pusat Kawalan Bomba (PKB) akan dibuka di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Santubong bersama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Mangsa dilaporkan hilang semasa bersama rakannya menguji jet ski miliknya dari Jeti Pak Amit di Santubong sehingga perairan Pulau Talang-Talang pada Jumaat. — DayakDaily