Jerayawara GPS-PBB Zon Seberang Hilir dibatalkan, usaha bendung penularan Covid-19

Dr Abdul Rahman speaking to reporters. - File pic
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 15 Mac: Majlis Jerayawara GPS-PBB Zon Seberang Hilir di Kampung Bintawa Tengah yang dijadualkan hari ini telah dibatalkan.

Majlis dijadual untuk dirasmikan oleh naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Advertisement

Ketika dihubungi, Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Bekalan Air berkata keputusan dibuat atas arahan terkini kerajaan Sarawak.

“Kerajaan menyarankan agar semua aktiviti yang melibatkan perhimpunan orang ramai ditangguh atau dibatal buat sementara waktu.

“Oleh yang demikian, program Jerayawara GPS-PBB Pantai Damai Zon Seberang Hilir di Kampung Bintawa Tengah disaran dipendekkan acaranya manakala majlis penangguhan dibatalkan,” ujar Dr Abdul Rahman.

Sarawak pada hari ini mencatat 11 lagi kes positif Covid-19 menjadikan keseluruhan 20 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menerusi kenyataan media hari berkata, berkata daripada 11 kes yang direkodkan itu, lapan dari Miri, manakala selebihnya satu di Kuching, Bintulu dan Sarikei.

“Kesemua lapan kes di Miri itu berkait dengan majlis keagamaan di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur. Kami masih mencuba mengenal pasti punca kes mangsa di Kuching, Bintulu dan Sarikei,” kata Uggah.

Dalam pada itu, JPBN Sarawak turut mengeluarkan arahan agar perhimpunan melebihi 50 orang ditunda buat sementara waktu.

Arahan dibuat sebagai usaha kerajaan negeri menangani penularan Covid-19 di negeri ini. — DayakDaily

Advertisement