Jentera Pemuda tekad pastikan GPS menang besar – Miro

Miro (fifth left) presenting a token of appreciation to Abang Johari.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Chris Bishop

KUCHING, 29 Okt: Jentera Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memastikan gabungan itu menang besar pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya Miro Simuh berkata, kemenangan besar sewaktu Pilihanraya Negeri (PRN) lepas adalah manifestasi GPS sekali lagi akan mengulangi pencapaian itu.

“Pada PN lepas, kita menang 76 daripada 82 kerusi yang di pertandingan.

“Ini adalah manifestasi kita akan menang besar pada PRU15,” katanya di Majlis Pelancaran Jentera Pemuda GPS di Stadium Perpaduan hari ini.

Majlis telah dirasmikan Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tambah Miro yang juga Adun Serembu, jentera Pemuda akan bergerak di seluruh pelusuk negeri, dari Tanjung Datu sehingga Lawas.

“Pemuda pada hari ini, sebelum pihak lain melancarkan jentera bagi menghadapi PRU15.

“Selesai majlis ini, kita akan balik ke kawasan masing-masing seterusnya merancang program kempen.

“Kita bersedia menghadapi PRU15,” ujar Miro.

Menurut Miro, Kerajaan GPS adalah sebuah kerajaan yang baik, bukan hanya di peringkat negeri tetapi juga di peringkat Persekutuan. — DayakDaily