Oleh Chris Bishop
SERIAN, 24 Feb: Penduduk di Kampung Munggu Kopi, di sini, digesa
melibatkan diri dalam sektor pertanian demi meningkatkan pendapatan
mereka.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion, berkata sektor
pertanian amat sesuai dibangunkan di kawasan tersebut setelah kerajaan
menyediakan banyak kemudahan melalui Program Transfromasi Luar Bandar.
“Dengan terbinanya jalan penghubung yang baik, penduduk di sini harus
mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan ekonomi keluarga
masing-masing.
“Di sini, tanah seluas 700 hektar boleh dibangunkan di dalam sektor
pertanian,” katanya pada lawatan kerja ke Kampung Munggu Kopi bersempena Program Transformasi Luar Bandar.
Tambah Jaul, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukkan di bawah
Dana Kemudahan Pertanian untuk membantu para pekebun di negeri ini.
“Dana tersebut adalah untuk membiayai projek-projek pertanian dan
hasil pertanian akan dijual di pasar supaya pekebun bleh memperolehi
pendapatan,” katanya lagi.
Terdahulu, Menteri Muda Pembangunan Tanah Adat yang juga ADUN Tarat, Datuk Roland Sagah, pada ucapan aluan, berkata Kampung Munggu Kopi telah menikmati banyak kemudahan sejak program transformasi luar bandar dilaksanakan di kampung tersebut.
Menurut Sagah, sebelum ini kampung tersebut hanya dihubungi melalui
jalan tanah yang memerlukan masa lebih sejam dari simpang jalan utama
kampung tersebut.
Setelah jalan tersebut diturap tambah Sagah, tempoh perjalanan hanya
mengambil masa beberapa minit sahaja. — DayakDaily