Kerajaan persekutuan pilihan terbaik — MP Lubok Antu

Jugah (empat kanan) bersama tuai-tuai rumah di sekitar Bukong, Pelasok di Lubok Antu.

KUCHING, 24 Feb: MP Lubok Antu Jugah Muyang gesa rakyat untuk meneruskan sokongan kepada kerajaan persekutuan.

Katanya, kerajaan persekutuan adalah pilihan terbaik dalam meneruskan kemajuan dan pembangunan di kawasan parlimen Lubok Antu.

“Dasar kerajaan persekutuan adalah mengutamakan pembangunan kepada rakyat supaya setiap lapisan masyarakat menikmati hasil kemerdekaan.


“Kita percaya rakyat mahukan pembangunan yang berterusan, justeru sokongan padu kepada kerajaan persekutuan adalah pilihan terbaik,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jarraw Bukong di Pelasok, Lubok Antu, semalam.

Di samping itu, beliau turut menggesa pemimpin masyarakat untuk terus memberikan kerjasama kepada kerajaan persekutuan.

Menurut beliau, kerjasama dan sokongan daripada ketua masyarakat merupakan jambatan yang menghubungkan penduduk dengan kerajaan.

“Kerjasama ini penting agar segala program pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar,” ujar beliau.

Sempena majlis tersebut, Jugah turut merasmikan program penyambungan bekalan elektrik dengan kos RM65,000.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada JKKK dan RM5,000 kepada Biro Wanita Rumah Jarraw Bukong.

Sejumlah RM115,000 juga diperuntukkan kepada 25 JKKK di sekitar Bukong, Pelasok. — DayakDaily