KUCHING, 20 Julai: MP Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong menggesa agar jaringan keselamatan sempadanan harus diperketatkan tanpa sebarang kompromi.
Justeru beliau mencadangkan isu-isu yang berkaitan sempadan negara merentasi banyak perkara.
Katanya, ia sekiranya cadangan pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) ini diterima oleh semua.
“Maka saya ingin mengesyorkan agar pihak polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal (KPDNHEP) bekerjasama dengan lebih erat.
“Ini bagi memastikan bahawa penyeludupan barangan bersubsidi ke negara jiran dapat dilumpuhkan dengan menjalankan operasi secara besar besaran,” katanya di persidangan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.
Ugak turut menyeru agar penambahan pos kawalan sepanjang persempadanan Sarawak-Kalimantan dapat disegerakan.
Katanya, permohonan ini telah lama beliau ajukan setiap kali perbahasan namun jawapan yang diterima dari pihak kementerian seolah-olah tidak begitu serius dalam memastikan sempadanan negara perlu dijaga.
“Ini kerana Pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) mempunyai lebih banyak pos kawalan berbanding kita di Malaysia.
“Ini menunjukkan keampuhan system pertahanan kita di sempadan khusus Sabah dan Sarawak,” ujar Ugak.
Menurut beliau, masalah keselamatan sempadan sering kali menghantui masyarakat di Hulu Rajang dimana banyak barangan bersubsidi mudah diseludup ke negara jiran melalui jalan darat.
“Ini kerana penguatkuasaan yang yang sangat lemah di sempadan negara khusus di sempadan Malaysia-Indonesia bersebelahan Kalimantan,” katanya. — DayakDaily