Jangan panggil saya YB — Willie Mongin

Willie (kiri) beramah mesra dengan calon STAR, Buln Patrick Ribos yang turut bertanding di Parlimen Puncak Borneo.

KUCHING, Mei 10: Ahli Parlimen Puncak Borneo yang baharu dipilih, Willie Mongin meminta orang ramai supaya tidak memanggilnya sebagai ‘YB’ (Yang Berhormat).

“Hanya panggil saya ‘Willie’ seperti biasa. Jika saya masuk ke mana-mana gereja, sila jangan memberi saya layanan khas kerana dalam gereja, kita semua sama di mata Tuhan,” katanya.

Malah, Willie turut meminta orang ramai untuk berdoa agar beliau menjadi rendah hati, taat dan berkhidmat kepada rakyat sesuai dengan kehendak Tuhan.


Ia kerana, katanya, kemenangannya di Puncak Borneo adalah atas kehendak Tuhan dan merupakan kemenangan rakyat yang bangkit menolak kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, beliau turut menjemput semua pengundi di Puncak Borneo, anggota Barisan Nasional (BN), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) termasuk ahli STAR untuk menyertai perjuangan Pakatan Harapan dan bersatu serta bekerjasama demi kebaikan Puncak Borneo. — DayakDaily