Jangan guna laman sosial untuk bangkitkan isu kerana boleh buka aib kepada diri sendiri, kata Dr Hazland

Dr Hazland bercakap kepada masyarakat setempat semasa taklimat itu.

Oleh Dean Adam

KUCHING, April 23: Penduduk di konstituensi Demak Laut tidak perlu menggunakan laman sosial untuk membangkitkan isu di kawasan itu sebaliknya terus berhubung dengan wakil rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, sekiranya terdapat permasalahan atau isu-isu berbangkit, mereka hendaklah bertanya dengan dirinya atau Pusat Khidmat Wakil Rakyat bagi mendapatkan penjelasan.


“Janganlah hendak mengambil jalan mudah dengan mengutarakan masalah dalam media sosial.

“Ini kerana ia boleh membuka aib sendiri sekiranya sesuatu permasalahan atau isu itu terkena pada diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika taklimat di Dewan Masyarakat Taman Sepakat di sini semalam.

Dr Hazland menambah, beliau juga mengalu-alukan masyarakat setempat terus mesejnya menerusi aplikasi WhatsApp atau sistem pesanan ringkas (SMS).

“Saya akan berinteraksi dengan anda semua untuk menerangkan setiap persoalan yang dibangkitkan,” katanya. — DayakDaily