Jangan buat spekulasi, biar polis siasat

Khirudin Drahman

SIBU, 7 Sept: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Khirudin Drahman berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 1.30
petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba Sibu bergegas ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira dua minit kemudian.


“Setiba di lokasi kejadian didapati benar ada seorang lelaki dalam keadaan terbaring di perkarangan tempat letak kereta.

“Pihak hospital yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Seterusnya, pasukan Bomba membantu mengangkat mayat mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis.

“Pasukan Bomba kemudian melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut sehingga selesai,” katanya.

Sementara itu, difahamkan mangsa yang berusia 43 tahun merupakan seorang peguam dan berasal dari Sibu.

Punca kejadian dilaporkan masih dalam siasatan polis.

Oleh itu, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis. — DayakDaily