KUCHING, 2 Nov: Jambatan Gantung Satok ditutup mulai semalam sehingga ke satu masa yang akan diumumkan kelak.
Jabatan Kerja Raya Bahagian Kuching dalam kenyataan berkata, ia bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penambahan lampu.
“Sehubungan itu, orang ramai tidak dibenarkan menggunakan jambatan tersebut sehingga kerja-kerja penambahan lampu itu selesai,” katanya.
Jabatan Kerja Raya memohon maaf ke atas segala kerumitan yang dihadapi. — DayakDaily
Advertisement