Jambatan gantung runtuh, penduduk rumah panjang cemas

Keadaan jambatan gantung yang runtuh.

Oleh Dean Adam

LUBOK ANTU, Nov 14: Penduduk rumah panjang di Nanga Kesit di sini cemas dengan insiden jambatan gantung yang runtuh dalam satu kejadian, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, Tony Morni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.16 petang.

Jelasnya, sepasukan anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan kerja-kerja memantau insiden berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati sebuah jambatan gantung di situ runtuh akibat daripada air yang deras dari hulu sungai.


“Keadaan itu menyebabkan pergerakan penduduk kampung terbatas dan mereka terdedah dengan risiko bahaya,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, tindakan pihak Bomba adalah membuat pemantauan keadaan jambatan dan keselamatan penduduk kampung. — DayakDaily