Jalan Tun Razak dibaik pulih, pengguna dinasihat berhati-hati

Peta lokasi untuk rujukan para pengguna jalan raya.
Advertisement

KUCHING, 7 Okt: Kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan melibatkan Jalan Tun Razak kini sedang giat dilakukan dan dijangka selesai pada 19 Oktober 2020.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching dalam satu kenyataan semalam mendedahkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan pada pukul 8 malam sehingga 6 pagi dan melibatkan jajaran sepanjang 2.5km.

“Para pengguna jalan raya dinasihat agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dan mematuhi pengurusan trafik di lokasi berkenaan sepanjang tempoh penyelenggaraan.

Advertisement

“Pengguna-pengguna juga digalakkan untuk menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian, sehingga tamat kerja-kerja penyelenggaraan nanti,” menurut kenyataan itu. — DayakDaily

Advertisement