Jalan sehala Pan Borneo Sri Aman-Betong dibuka kepada pengguna

Lokasi jalan sehala Pan Borneo Sri Aman-Betong yang dibuka.

KUCHING, 9 Jan: Jalan sehala Lebuhraya Pan Borneo Sri Aman-Betong (Sri Aman Interchange Bayai) akan dibuka kepada pengguna mulai hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan berkata, pihak kontraktor akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan terlibat dengan pembukaan ini.

Pengguna-pengguna jalanraya diminta berhati hati semasa memandu di kawasan tersebut semasa tempoh pembukaan dan sentiasa mematuhi segala pengurusan trafik. — DayakDaily