Jalan Pesisir di lokasi Sungai Moyan ke Sungai Semera ditutup berperingkat mulai esok

Lokasi penutupan Jalan Pesisir Kota Samarahan.

KUCHING, 29 Jan: Jalan Pesisir Kota Samarahan di lokasi Sungai Moyan ke Sungai Semera akan ditutup secara berperingkat mulai esok, 30 Januari hingga 7 Februari depan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi satu notis pemberitahuan berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaiki jalan.

Justeru, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalulintas. — DayakDaily