Jalan lincin dipercayai punca kemalangan ambulans, Perodua Alza di Jalan  Rock

Ambulans Hospital Umum Sarawak mengalami kerosakan di bahagian hadapan selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Rock, Kuching

KUCHING, 7 Mei: Keadaan jalan yang licin dipercayai menjadi punca kemalangan melibatkan sebuah ambulans dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza di Jalan Rock di sini pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 9 pagi itu, ambulans terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak sebelum merempuh Perodua Alza itu di lokasi berkenaan.

Akibat rempuhan itu, kenderaan Perodua Alza terbabit telah terbabas lalu tersadai ke bahu kanan jalan berkenaan.

Kederaan Perodua Alza tersadai di bahu kanan jalan selepas terlibat kamalangan dengan sebuah ambulans di Jalan Rock, Kuching

Ketika kejadian, keadaan jalan di lokasi terbabit yang basah dan lincin susulan hujan sejak awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superitenden Alexson Naga Chabu ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkenaan kejadian kemalangan terbabit sehingga kini.

“Setakat ini, masih belum ada laporan polis dibuat berkaitan dengan kes ini,” katanya. — DayakDaily