Jalan Gedong ke Samalatong mula dibina hujung tahun ini — Abang Johari

Abang Johari (empat dari kiri) menyampaikan cek bayaran pampasan kepada salah seorang penerima.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

GEDONG, 12 April: Jalan Gedong ke Samalatong di Hulu Simunjan akan mula dibina pada penghujung tahun ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaannya akan memakan masa 36 bulan.

Advertisement

“Siap nanti, penduduk di Hulu Simunjan akan dihubungkan terus ke Gedong.

“Dengan itu, Hulu Simunjan tidak dipanggil kawasan hulu lagi dan merupakan sebahagian daripada projek pembesaran Gedong dan Simunjan,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Cek Pampasan Bagi Projek Masterplan For Mini Isthmus Gedong di Dewan Masyarakat Gedong di sini.

Pada majlis itu, bayaran pampasan sejumlah RM5.2 juta telah diserahkan kepada 82 orang penerima. — DayakDaily

Advertisement