Jalan di sekitar Pekan Marudi ditenggelami air pada Ahad

Jalan di Pekan Marudi ditenggelami air. Foto: Ukas

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 6 Sept: Paras air banjir di Pekan Marudi pada petang semalam menunjukkan peningkatan dan merbahaya kepada kenderaan kecil.

Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas) mendapati kenaikan paras air telah menyebabkan jalan di sekitar Pekan Marudi ditenggelami air.

Beberapa jalan di sepanjang Jalan Nahkhoda, sebahagian Jalan Kapitan Lim Ching Kiat dan Jalan Merdeka telah ditenggelami air.


Sementara itu jalan menuju ke Pengkalan Feri Kuala Ridab ke Pekan Marudi juga ditenggelami air.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah mengaktifkan bilik gerakan di Pejabat Daerah Marudi untuk memantau situasi banjir di daerah ini.

JPBD Marudi menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga dengan keadaan banjir yang berlaku bagi mengelakan sesuatu yang tidak diingini berlaku. — DayakDaily