Jalan di Bulatan Serian sehingga Simpang Taman Pasir ditutup sementara mulai 16 hingga 19 Ogos

Peta kerja-kerja aksesori jalan dan Jalan 1-17 A Serian By Pass.

KUCHING, 12 OGOS: Jalan di Bulatan Serian sehingga Simpang Taman Pasir akan ditutup sementara mulai 16 hingga 19 Ogos ini dari jam 9 malam hingga 4 pagi.

Menurut Jabatan Kerja Raya menerusi satu kenyataan, ini untuk membolehkan kerja-kerja aksesori jalan dan Jalan 1-17 A Serian By Pass dilaksanakan.

Justeru, pengguna-pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut semasa tempoh pembaikan dan mematuhi segala
pengurusan trafik untuk keselamatan dengan perhatian khususnya apabila lorong jalan ditutup sepenuhnya.

Pengguna-pengguna adalah digalakkan untuk menggunakan laluan alternatif sedia ada sehingga tamat kerja-kerja pembaikan ini.

Pihak JKR Bahagian Serian akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.

Pengguna jalan raya juga dinasihati merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut, sila hubungi Pejabat JKR Bahagian
Serian (082-876670) pada waktu pejabat dan Zecon Kimlun Consortium Sdn Bhd (017-2960372) selepas waktu pejabat. — DayakDaily