Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong positif Covid-19

Jackie Wong
Advertisement

Oleh Muhammad Akmal Rizki

KUCHING, 16 Mac: Jaguh baling tukul besi negara kelahiran Sarawak, Jackie Wong Siew Chier, menjadi mangsa terbaru dilaporkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan hari ini, pemenang emas Sukan SEA Kuala Lumpur berusia 27 tahun itu dijangkiti ayah beliau yang juga didapati positif Covid-19.

Advertisement

Beliau dilaporkan telah ke Sarawak pada 11 Mac dan dikuarantin di Hospital Sibu.

Sehubungan itu, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican, dalam kenyataan hari ini, mengarahkan agar fasiliti Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara yang telah dikunjungi atlet tersebut ditutup sementara untuk tujuan proses sanitasi sepenuhnya.

Katanya, proses dijangka mengambil tempoh dua hingga tiga hari itu adalah sebagai langkah segera untuk keselamatan dan kesihatan atlet-atlet pelbagai acara sukan.

Tegasnya, atlet-atlet, jurulatih dan pegawai yang pernah berhubung rapat (close contact) dengan atlet tersebut akan diasingkan dan telah dinasihati untuk ‘self-quarantine’ di asrama, menjalani ujian ‘screening’ dan menurut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia yang selanjutnya. — DayakDaily

Advertisement