Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak anjur program derma darah

Gambar komposit menunjukkan program derma darah anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak

Oleh Dean Adam

KUCHING, April 15: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak telah menganjurkan program derma darah sempena Hari Peringatan Polis ke-212, hari ini.

Program berkenaan telah diadakan di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Supt Sahar Abd Latif berkata, program sama telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dennis Leong Soon Kuai.

Katanya, seramai 87 peserta telah menyertai program derma darah yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 3 petang itu.

Sementara itu, Leong memberitahu, program berkenaan sangat baik kerana ia dapat membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan darah. — DayakDaily