Jabatan Imigresen Sarawak tutup semua operasi kaunternya di Kuching

Signature. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 8 Nov: Jabatan Imigresen Sarawak akan menutup semua operasi fizikal yang melibatkan urusan di kaunter jabatan itu di Kuching mulai esok hingga 22 November depan.

Penutupan itu dilakukan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Kuching selepas daerah itu diistyhar sebagai zon merah susulan peningkatan kes positif Covid-19 melebihi 41 kes dalam tempoh dua minggu yang lalu.

Menurut kenyataan jabatan itu, arahan itu melibatkan semua urusan di pejabat Jabatan Imigresen di Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga dan di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kuching


“Pejabat-pejabat yang terlibat adalah seperti berikut iaitu Pejabat Imigresen UTC Kuching, Pejabat Bahagian Keselamatan dan Pasport; Pejabat Bahagian Visa, Pas Dan Permit, Pejabat Bahagian Pekerja Asing dan Pejabat Bahagian Ekspatriat,” menurut kenyataan itu.

Sebarang urusan fizikal melibatkan kaunter di jabatan itu selepas tempoh tamat PKPB akan dilaksanakan secara temu janji melalui Sistem Temu Janji Online. — DayakDaily