Isu penangguhan pemohonan pembiayaan Perumahan LPPSA selesai

File photo of a housing project for illustration purposes.

KUCHING, 29 April: Lembaga Pembiayaan Persekutuan Sektor Awam (LPPSA) bersetuju untuk pakai Dokumen Kelulusan Tukar Kategori Kegunaan Tanah Kepada Bangunan dan resit bayaran penuh
premium atau Surat Akujanji Pemaju mengikut format ditetapkan LPPSA bagi tujuan permohonan pembiayaan perumahan.

Jabatan Tanah dan Servey (JTS) Sarawak dalam satu kenyataan berkata persetujuan itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA menerusi satu surat kepada Pengarah JTS pada 21 April lalu.

Katanya, dengan persetujuan berkenaan isu berkenaan penangguhan proses permohonan pembiayaan perumahan oleh LPPSA di Sarawak telah diselesaikan.


“Sejak penghujung tahun lepas, isu ini telah menimbulkan kesukaran kepada pihak pemaju
perumahan dan pegawai persekutuan di negeri ini.

“Pelbagai rungutan dan aduan telah diterima oleh pejabat ini berkenaan isu berkenaan,” kata kenyataan itu.

kata kenyataan itu, LPPSA memaklumkan penangguhan proses tersebut adalah menentukan aspek pengurusan risiko, perundangan serta amalan pengurusan risiko industri LPPSA.

Ujarnya,penyelesaian terhadap perkara tersebut bukti pentingnya sesuatu isu atau pemasalahan diselesaikan secara perundingan.

Katanya, melalui perundingan atau perbincangan antara pihak terlibat sesuatu isu itu dapat dilihat dan difahami secara menyeluruh sekali gus membolehkan tindakan penyelesaian berkaitan dapat dipersetujui secara bersama.

“Dalam hal ini, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS), LPPSA, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) Sarawak serta Persatuan Pemaju Perumahan dan Harta Tanah Sarawak (SHEDA) telah menggunakan platform perundingan untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

Melalui keputusan tersebut, JTS menasihati pemaju perumahan dan pegawai persekutuan di negeri ini untuk melayari laman sesawang rasmi LPPSA melalui pautan Peminjam/Menu Peminjam dan klik http://www.lppsa.gov.my/v2/garis-panduan/ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara terbabit. — DayakDaily