Isu-isu imigresen di Sarawak terkawal

Abang Abdul Halim Abang Naili. Foto: Ukas

KUCHING, 3 Mei: Is-isu melibatkan imigresen di Sarawak masih dalam keadaan terkawal sehingga kini, kata Pengarah Imigresen Negeri Sarawak, Abang Abdul Halim Abang Naili.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas) Abang Abdul Halim berkata, pihaknya telah mengambil pelbagai langkah proaktif untuk memastikan kawalan imigresen di Negeri ini terjaga dengan baik.

ā€œIni termasuk pengawasan dan pemeriksaan di pintu masuk serta ‘checkpoint’ udara dan darat.


ā€œSelain itu, berkenaan dengan passport juga tiada isu. Semua ini kita sudah maklumkan kepada Premier Sarawak,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Abang Abdul Halim, selain mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Premier Sarawak, kunjungan pihaknya itu juga bagi membentangkan beberapa cadangan berhubung penambahbaikan perkhidmatan imigresen.

Tegasnya lagi, Imigresen Sarawak akan terus memantau keadaan dengan teliti dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat sebarang kelemahan dalam kawalan imigresen di Sarawak. ā€” DayakDaily