Isteri maut, suami parah dalam nahas di Lundu

The motorcycle that was ridden by both victims during the incident.
Advertisement

LUNDU, 9 Okt Seorang wanita maut, manakala suaminya cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 7 Jalan Lundu-Sematan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lundu DSP Damataries Lautin berkata mangsa yang meninggal dunia, 61, dari Kampung Rukam, Lundu.

Katanya, mangsa semasa kejadian membonceng motosikal yang ditunggangi suaminya dari arah Biawak menuju ke Lundu sekitar jam 10.53 pagi.

Advertisement

“Dipercayai motosikal keluar simpang Biawak dan terus memasuki lorong kanan tanpa berhenti lalu dilanggar sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) yang bergerak lurus.

“Penunggang motosikal cedera di kaki, tangan dan kepala, manakala pembonceng iaitu isterinya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diperiksa anggota paramedik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke rumah mayat Hospital Lundu untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily

Advertisement