Isteri maut, suami parah dalam kemalangan di Jalan Bako

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Advertisement

KUCHING, 19 Julai: Seorang wanita maut, selepas motosikal dinaikinya bersama suami berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Bako malam tadi (18 Julai).

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata mangsa, 44 tahun, semasa kejadian menaiki motosikal bersama suami dari arah Jalan Bako menuju ke Demak Laut sekitar jam 8.45 malam.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, sebuah kereta dikatakan berhenti kerana tayarnya pancit lalu dilanggar dari arah belakang oleh mangsa bersama suaminya.

Advertisement

Ekoran itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas diperiksa anggota paramedik.

Manakala suaminya parah dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan selanjutnya.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily

Advertisement