IPD Padawan tidak ketinggalan sambut Hari Sukan Negara 2018

Merbin (enam dari kiri) merasmikan sambutan Hari Sukan Negara 2018 peringkat IPD Padawan.

PADAWAN, Okt 14: Ibu Pejabat Polis (IPD) Padawan turut tidak ketinggalan menyambut sambutan Hari Sukan Negara 2018 bertempat di IPD Padawan di sini semalam.

Program telah berlangsung mulai pukul 8 hingga 10 pagi dan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Merbin Lisa.

Menurut Merbin, program tersebut adalah bertujuan memupuk rasa minat dalam apa saja aktiviti sukan bagi mencapai misi negara iaitu menjadi sebuah negara bersukan.

Katanya, ia juga penting dalam menyemai minat dan mengasah bakat dalam sukan dan memupuk budaya hidup sihat bagi mengelakkan daripada penyakit-penyakit kronik.

“Semua aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar walau pun dalam cuaca hujan renyai,” katanya.

Seramai 140 orang terdiri daripada 18 pegawai kanan, 112 orang pegawai rendah polis dan 10 orang pegawai awam warga IPD Padawan telah mengambil bahagian dalam program tersebut.

Hari Sukan Negara merupakan satu aspirasi kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersukan yang disambut setiap tahun.

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.

Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. — DayakDaily