Jejambat Sibu dibuka jam 6 petang hari ini

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

KUCHING, 28 Mei: Jejambat Sibu dibuka kepada pengguna jalan raya bermula jam 6 petang ini.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, dengan siapnya jejambat tersebut, ia memudahkan pengguna-pengguna jalan raya.

“Kenderaan dari Bintulu ke Kuching tak perlu membuat pusingan di bulatan lagi, boleh terus memandu mengikut jejambat.

“Begitu juga mereka yang dari Lapangan Terbang Sibu ke Bintulu tak perlu membuat pusingan di bulatan,” katanya ketika ditemui semasa lawatan ke tapak Interchange Sibu hari ini.

Tambah Nanta, pembukaan jejambat tersebut adalah satu berita baik kepada pengguna jalan raya khususnya menjelang perayaan Hari Gawai Dayak ini.

Katanya, kos keseluruhan pakej tersebut ialah RM940 juta. — DayakDaily