Ingkar SOP, 346 kompaun dikeluarkan di Kuching

Operasi pematuhan SOP oleh IPD Kuching.
Advertisement

KUCHING, 2 Dis: Sebanyak 346 kompaun dikeluarkan sepanjang operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bermula 1 hingga 30 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata operasi terbabit tertumpu di kawasan premis perniagaan, tempat awam dan kawasan pelancongan di sekitar bandarraya Kuching.

Katanya, seramai 327 individu yang dikompaun merupakan orang awam dan 19 lagi merupakan pemilik premis perniagaan.

Advertisement

“327 individu masing-masing dikompaun RM1,500 setiap seorang atas kesalahan tiada penjarakan fizikal, tidak mengimbas aplikasi My Sejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

“Manakala setiap pemilik premis dikompaun RM10,000 atas kesalahan pemilik premis gagal memastikan pelanggan mendaftar masuk menggunakan aplikasi My Sejahtera atau mencatit di buku pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya pemilik perniagaan yang gagal memaparkan jumlah maksima pelanggan dibenarkan masuk ke dalam premis, gagal menyediakan buku daftar, pengimbas My Sejahtera dan sanitasi tangan turut dikompaun.

Tambahnya, kompaun terbabit dikeluarkan di bawah Peraturan 17(1) dan 17(2) PPPPB Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021.

“Semua lapisan masyarakat harus terus mematuhi SOP bagi kebaikan bersama,” katanya. — DayakDaily

Advertisement