Hujan sebabkan beberapa kawasan di Bintulu dilanda banjir

Pemantauan dilakukan oleh pihak Bomba.

BINTULU, 18 Jan: Beberapa kawasan di Bintulu dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak siang hari semalam.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Kamunting dan GEM Park, yang mana pemantauan setakat jam 11.50 malam tadi mendapati air telah naik setinggi paras betis.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu yang membuat pemantauan telah menasihatkan penduduk agar berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah sekiranya keadaan paras air terus naik.


Ini adalah untuk mengelakkan mangsa terperangkap di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, tiada pemindahan sehingga pagi tadi dan keadaan dilaporkan masih terkawal. — DayakDaily