Hujan lebat akibatkan banjir kilat di SK Jalan Muara Tuang

Beginilah keadaan banjir kilat di SK Jalan Muara Tuang.

Oleh Dean Adam

KOTA SAMARAHAN, Jan 8: Keadaan hujan lebat yang berterusan selama kira-kira tiga jam telah mengakibatkan berlakunya banjir kilat di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Muara Tuang di sini petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu telah menyebabkan sekolah berkenaan dinaiki air banjir sedalam 0.3 meter.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, keadaan banjir kilat tersebut telah menyebabkan sesi persekolahan petang telah terjejas.

Beginilah keadaan banjir kilat di SK Jalan Muara Tuang.

Kata JPBNS, kejadian berkenaan telah menjejaskan seramai 594 orang murid, guru (27) dan kakitangan sekolah (17).

“Bagaimanapun, keadaan tersebut dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

“Trend pergerakan air di sekolah berkenaan masih lagi bertahan dan belum menunjukkan sebarang perubahan atau surut,” katanya di sini malam ini.

JPBNS menambah, sesi persekolahan juga diteruskan memandangkan terdapat kelas yang tidak terjejas.

“Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. — DayakDaily