Hujan lebat akibatkan banjir kilat di Marudi

Keadaan banjir kilat di Marudi.

Oleh Dean Adam

MARUDI, Jan 16: Hujan lebat yang berterusan selama kira-kira dua jam telah mengakibatkan berlakunya banjir kilat di Pekan Marudi di sini petang tadi.

Hujan lebat itu juga menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Jalan Miri-Marudi dan sepanjang Jalan Kapitan Lim Ching Kiat.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, keadaan itu telah mengakibatkan laluan tersebut merbahaya bagi kenderaan untuk melaluinya.

Katanya, keadaan kulvert yang kecil menyebabkan aliran air tidak dapat mengalir dengan lancar.

Keadaan banjir kilat di Marudi.

“Antara punca yang dikesan menyebabkan keaadaan itu ialah longkang yang tersumbat menyebabkan aliran air tidak dapat mengalir keluar.

“Bagaimanapun, setakat ini keadaan dilaporkan masih terkawal,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, keadaan banjir kilat itu dijangka pulih dalam tempoh beberapa jam selepas hujan lebat itu.

Katanya, pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa memandu di kawasan terjejas banjir kilat. — DayakDaily