Hujan lebat akibatkan banjir di SK Genaan, Sebauh

Keadaan banjir di kawasan SK Sungai Genaan, Sebauh.

Oleh Dean Adam

SEBAUH, Ogos 21: Hujan lebat yang berterusan sejak semalam telah mengakibatkan kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Genaan, Sebauh dinaiki air banjir, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, kawasan sekolah mula dinaiki air banjir lewat petang semalam.


Katanya, pihak sekolah berkenaan memaklumkan seluruh kawasan sekolah sudah ditenggelami air, pagi tadi.

Keadaan banjir di kawasan SK Sungai Genaan, Sebauh.

“Bagaimanapun, keadaan air masih tidak berubah setakat pukul 7 pagi tadi.

“Situasi terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya di sini hari ini.

Ismail menambah, bagaimanapun setakat ini sesi persekolahan dan pembelajaran masih diteruskan.

Katanya, terdapat 27 pelajar di sekolah berkenaan, manakala warga pendidik pula seramai 12 orang dan staf sokongan seramai 7 orang. — DayakDaily