Hospital Sibu ingin kesan ahli keluarga Ella Kertau

Ella Kertau

SIBU, Mac 26: Hospital Sibu sedang mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang pesakit wanita berbangsa Iban, berumur 26 tahun yang bernama Ella Kertau.

Menerusi satu kenyataan yang diterima dari Hospital Sibu hari ini, pesakit tersebut dimasukkan ke hospital tersebut sejak Mac 23 lalu selepas ditemui merayau-rayau di Pasar Sentral Sibu.

Penama dimasukkan dalam keadaan tiada dokumen pengenalan diri dan tiada ahli keluarga yang menemani beliau.


Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali ahli keluarga atau waris pesakit diminta untuk hadir ke wad Psikiatri Perempuan, Hospital Sibu.

Ia bagi tujuan perancangan rawatan pesakit atau menghubungi unit kerja sosial Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 7307 pada waktu pejabat dengan kadar segera. — DayakDaily