KUCHING, 11 Mei: Hospital Medan ATM Kapit dengan kapasiti 40 katil telah mula beroperasi sepenuhnya semalam.
Sel Perhubungan Raya Mk 1 Divisyen dalam satu kenyataan hari ini berkata, hospital berkenaan berfungsi sebagai tempat rawatan bagi pesakit bukan kes Covid-19.
āIa berkemampuan menempatkan 40 katil dan pesakit pada suatu masa dan kapasiti tersebut boleh ditambah sekiranya diperlukan dari masa ke semasa.
āSeramai tiga pegawai perubatan ATM bersama 35 anggota bertugas di sini dan turut dibantu empat orang staf perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Hospital Daerah Kapit,ā katanya.
Dalam pada itu, pesakit pertama yang mendapat rawatan di Hospital Medan ATM semalam dibawa dari Hospital Daerah Kapit bagi mendapatkan rawatan susulan pasca pembedahan pembuangan nanah.
Pengoperasian Hospital Medan ATM Kapit ini dijangka selama tiga bulan tertakluk kepada keadaan dan keperluan semasa. ā DayakDaily