Homestay Sungai Sebungku bantu aktiviti pelancongan di Lubok Antu

Homestay Sungai Sebungku bantu aktiviti pelancongan di Lubok Antu.
Advertisement

LUBOK ANTU, 30 Mac: Pengkalan Empangan Batang Ai merupakan salah satu tempat yang menarik dan harus dikunjungi oleh pengunjung jika ke Lubok Antu.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti jambatan gantung, tempat pejalan kaki sesuai digunakan untuk pengunjung yang ingin menikmati keindahan tasik buatan manusia.

Pengkalan Empangan Batang Ai.

Selain itu, pengunjung juga dapat merasai aktiviti air dengan wujudnya permainan mini air yang disediakan setiap hari.

Advertisement

Jika merancang bercuti ke Batang Ai, Homestay Sungai Sebungku yang terletak di Pekan Lubok Antu sudah tentu memberi kemudahan penginapan kepada pengunjung.

Homestay Sungai Sebungku.
Homestay Sungai Sebungku pilihan pertama pengunjung ke Lubok Antu.

Beroperasi pada awal tahun 2022, Homestay Sungai Sebungku menyediakan 8 buah rumah untuk disewa dengan kadar RM150 semalam bagi sebuah rumah.

Sebuah rumah dilengkapi dengan satu bilik tidur utama dan ruang tamu yang luas dengan semua kemudahan asas.

“Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti bbq di luar rumah,” kata pemiliknya Hii Mui Chen ketika ditemui DayakDaily hari ini.

Bilik tidur utama Homestay Sungai Sebungku.

Menurut Hii, disebabkan kekurangan hotel di pekan tersebut, homestay beliau menjadi tumpuan pengunjung termasuk kakitangan awam.

Justeru katanya, pengunjung diminta untuk membuat tempatan awal menerusi talian 016-8753700 atau 019-8368927.

Pengunjung yang datang berkunjung ke Batang Ai bukan sahaja dari dalam negara malah dari luar negara seperti Indonesia.

Taman Negara Batang Ai merupakan salah satu tarikan pengunjung ke Batang Ai.

Taman negara tersebut dapat dihubungi melalui jalan sungai dengan perahu sewa yang disediakan oleh penduduk tempatan atau agensi pelancongan yang telah dipertanggungjawabkan.

Antara aktiviti menarik yang dapat dilakukan di situ seperti melihat spesies orang utan, gibbons, dan burung kenyalang. — DayakDaily

Advertisement