Henry: RM2.1 juta bagi program bina baru dan baik pulih PPRT di Lawas pada 2020

Silhouettes of workers on a construction site. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 2 Mac: Kerajaan persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM2.1 juta bagi program bina baru 10 unit rumah dan baik pulih 100 unit rumah projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Lawas pada tahun 2020.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Henry Sum Agong berkata, kerajaan membina dan menyediakan rumah PPRT kepada golongan yang dikenalpasti menerusi data Sistem e-Kasih.

Katanya yang juga MP Lawas, penerima bantuan juga dikenalpasti menerusi permohonan yang akan disemak berdasarkan kelayakan dengan kos seunit rumah berjumlah RM60,000.


“Bagi pembaikan rumah, sebanyak RM15,000 diperuntukkan bagi seunit rumah dan pembaikan akan bertumpu kepada komponen penting rumah seperti pendawaian elektrik, pembaikan sistem perpaipan dan atap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi inisiatif ini, tambah Henry, kerajaan berharap jaringan sosial, kekeluargaan dan kehidupan yang berkualiti serta selesa dapat dinikmati oleh golongan penerima manfaat.

Sementara itu, katanya, KPLB turut memperuntukkan sejumlah RM435,390 bagi pemasangan lampu jalan kampung di Lawas.

Jelas Henry, ia bertujuan memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk luar bandar di Lawas.

Lawas terletak di utara Sarawak diberikan keutamaan oleh kerajaan persekutuan memandangkan jarak yang jauh dengna Kuching iaitu kira-kira 1,200km serta perlu melalui akses ke Brunei menerusi Limbang.

Lawas juga dikategorikan sebagai salah satu kawasan luar bandar dengan jumlah penduduk kira-kira 45,000 orang serta lebih daripada penduduk mendiami kawasan luar bandar. — DayakDaily