Helikopter bantu agih bantuan makanan ke 13 rumah panjang di Ulu Skrang

Helikopter membantu mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk di Ulu Skrang. Gambar Ukas
Advertisement

KUCHING, 13 Jun: Dua buah helikopter milik Hornbill Skyways digunakan untuk menghantar bantuan bekalan makanan ke beberapa rumah panjang di Ulu Skrang, Engkilili semalam.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), misi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) itu memberi manfaat kepada seramai 226 ketua isi rumah (KIR).

Ia melibatkan 13 rumah panjang di Menjuau, Entalau, Keranggas, Begantong dan Ulu Akop.

Advertisement

Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), setiap ketua kaum hadir mengambil bantuan tersebut bagi mewakili penduduk di kawasan masing masing.

Bekalan makanan itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sementara itu, para penerima bantuan merakamkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana prihatin dengan kekangan yang dihadapi rakyat ketika ini. — DayakDaily

Advertisement